CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 11, 2009

Gambar-gambar lucu dalam sukan



Kita selalu digembar-gemburkan dengan sukan akan menyihatkan tubuh badan. Cuma kita tak diberitahu, dalam sukan ada macam-macam. Ini adalah sebab mengapa kalau korang nak gunakan alasan untuk tidak bersukan..


kes tiket mahal

Ini kes tak dengar orang tua. Sudah terhantuk baru tergadah. Tapi ni lari lompat pagar atau lari bawah pagar?

Sebenarnya, bola yang sesuai untuk ditanduk, adalah yang di udara. Kalau dah kat atas padang, tak payah tanduk lah!

Kes tak bayar gaji pemain?

Refere, aku tak buat. Bukan aku. Ini barangkali hujah mempertahankan diri.

Mengapa perempuan tidak digalakkan bersukan!

Ok, semua orang nak lari daripada kayu pemukul. Tapi siapa nak selamatkan budak kecil tu?

Kenapa ketiak aku rasa basah semacam saja?

Ini kes mengantuk kritikal!

Eksiden abad ini!

It's a bird? It's a plane? No, it is a ball!

Auwww!



Result Supplementary





or to see detail automatically you can go to :
http://yclife.files.wordpress.com/2009/06/fos-3.jpg


Tanda-tanda ajal menghampiri kita~

Tanda-tanda mati :

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang
akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.


and here's some detail from www.tranungkite.com

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Tuesday, June 9, 2009

Setiap kata-kata itu adalah DOA untuk diri kita sendiri. Janganlah Berkata Buruk dan Maafkanlah, Sekalipun Kamu Dianiaya.




Allah berfirman : "Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.
" (An-Nisa' 4:148-149)



Tafsiran Ulama' Salaf berkenaan ayat ini:

Ibnu Abi Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas tentang ayat ini, ia berkata: "Allah tidak menyukai seseorang mendo'kan keburukan bagi orang lain, kecuali bila ia dizalimi. Kerana Allah swt telah memberikan keringanan pada nya untuk mendoakan keburukan bagi orang lain yang yang menzaliminya. Dan bila bersabar, itu lebih baik baginya"
(Ath-Thabari )

Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Dua orang yang saling mencela, maka dosa nya ditanggung oleh orang yang memulainya, selama orang yang dizalimi tidak melampaui batas"
(Abu Dawud (no 3894), Shahiih Muslim (no 2587))

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini: "Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa" ia berkata: "Ertinya, apabila kalian wahai sekalian manusia, menampakkan kebaikan atau menyembunyikan nya, atau ,memaafkan orang yang berbuat jahat pada kalian. Maka semua itu akan mendekatkan diri kalian kepada Allah swt, dan Dia akan menyediakan pahala bagi kalian di sisi-Nya.


Percakapan lambang keimanan

Ajaran Islam amat mementingkan keakraban hubungan
persaudaraan individu dalam masyarakat. Satu amalan
penting untuk maksud itu ialah melalui tutur kata yang
baik dan menyenangkan pihak lain.


Justeru, Islam amat menegah penganutnya menggunakan
perkataan buruk dan keji. Banyak ayat al-Quran dan
hadis menjelaskan mengenai larangan menggunakan
perkataan buruk. Rasulullah memberi amaran keras
terhadap sesiapa yang mengucapkan perkataan buruk akan
menerima balasan amat pedih.


Tegahan mengucapkan perkataan buruk penting dipatuhi
bagi mengelak kesan buruknya. Didapati banyak
perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat berpunca
daripada kata mengata tidak baik.


Hal ini terjadi memandangkan sudah satu perkara lumrah
perasaan seseorang mudah tercabar dan
terbakar jika dia dilemparkan dengan
perkataan-perkataan yang tidak baik, lebih-lebih lagi
melibatkan maruh diri dan keturunan.


Justeru, setiap Muslim perlu sentiasa berhati-hati
ketika bercakap. Lidah memang tidak bertulang, tetapi
bukan alasan untuk mudah mengeluarkan kata-kata yang
tidak baik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata badan binasa.


Perhatikan kepada firman Allah bermaksud:
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci.(Surah
al-Humazah, ayat pertama).


Maksud ayat itu memberi amaran betapa besar keburukan
akibat mencaci dan perbuatan seumpamanya. Allah Maha
Pembalas dan Maha Adil menghukum setiap apa yang
dilakukan oleh setiap orang.


Orang mencaci merasa dirinya hebat. Dia mengeluarkan
kata-kata bermaksud menghina dan memberi aib kepada
orang lain. Pada masa yang sama dia berusaha untuk
mengangkat status dengan cara menjatuhkan orang lain.


Hakikatnya, orang yang mengeluarkan kata-kata yang
tidak baik sebenarnya mencerminkan diri sendiri yang
tidak baik. Sesungguhnya, hanya orang yang berperibadi
buruk mengeluarkan perkataan yang buruk.


Sebenarnya, individu yang selalu mengeluarkan
kata-kata buruk adalah tanda dirinya tidak mendapat
petunjuk daripada Allah. Hidup mereka sesat dan cuba
pula mempengaruhi orang lain agar turut seperti
mereka. Mereka tidak harus dibuat rakan, atau usah
diperdulikan apa yang diperkatakan olehnya.


Bahkan Rasulullah menegaskan individu yang suka
menyebut perkataan buruk bukan dari kalangan orang
yang beriman. Golongan itu bersifat seperti orang
munafik yang mengaku beriman, tetapi melakukan
perbuatan yang ditegah.


Sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmad bermaksud:
Sesungguhnya kekejian dan berbuat kekejian,
tidak sedikitpun daripada Islam. Dan sesungguhnya
manusia yang terbaik Islamnya ialah mereka yang baik
akhlaknya.?


Islam tidak sekali-kali membenarkan seseorang Islam
membuka aib muslim lain walaupun berkaitan perkara
yang benar. Hal ini bertujuan untuk mengelak keadaan
bertambah buruk.


Firman Allah bermaksud: Allah tidak mencintai
orang yang suka menceritakan keburukan orang lain
kecuali bagi orang yang teraniaya.)Surah an-Nisa,
ayat 148).


Mungkin individu yang melakukan kesalahan itu secara
tidak sengaja, atau mungkin juga dia telah menyesal
melakukan perbuatan itu. Setiap antara kita tidak
sunyi daripada melakukan kesalahan sama ada
disengajakan atau tidak.


Sekiranya perkara keaiban yang benar tidak boleh
disebarkan, inikan pula perkara yang sengaja
direka-reka. Menyebarkan cerita yang tidak benar
mengenai seseorang untuk mendatangkan keaiban
dipanggil membuat fitnah.


Sekarang ini amalan menyebar fitnah dan kutukan semakin canggih
dilakukan dengan alat teknologi moden. Sesuatu fitnah dan kutukan cacian
dapat disebarkan dengan mudah tanpa penyebar fitnah dan caci
itu perlu bersemuka dengan orang ramai. Malah,
identiti penyebar fitnah juga dapat dirahsiakan.
Amalan malang sekali ada di kalangan kita yang
menyalahgunakan kecanggihan teknologi.


Biasanya orang melakukan kesalahan tidak bertahan
lama. Seperti kata pepatah, sepandai-pandai tupai
melampah, akhirnya jatuh ke tanah juga. Satu lagi
pepatah, pelanduk selalu lupakan jerat. Ramai
penjenayah siber kini berjaya disekat perbuatan
mereka, dan dihadapkan ke mahkamah.


Membuat fitnah amat besar dosanya. Allah meletakkan
dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada
membunuh. Firman Allah bermaksud: Fitnah itu
besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.)Surah
al-Baqarah, ayat 217).


Sesungguhnya perkataan-perkataan buruk yang keluar
dari mulut didalangi oleh syaitan. Mereka yang
bercakap itu mewakili?syaitan mengucapkan
perkataan tidak baik kepada pihak lain bagi tujuan
memecah belahkan hubungan baik sesama manusia.


Kejayaan syaitan merosakkan hidup anak cucu Adam
banyak bergantung kepada pertolongan manusia
sendiri yang ingkar kepada perintah dan amaran Allah.
Sesiapa yang di dalam dirinya mempunyai sifat-sifat
syaitan, maka bersaksilah bahawa mereka akan menjadi
teman syaitan di neraka jahanam.


Sesungguhnya mencaci, mengumpat, membuat fitnah dan
mencarut akan memutuskan hubungan sesama Islam. Islam
amat mementingkan berkaitan hubungan baik dan menegah
sama sekali perbuatan menyebabkan perpecahan.



Sebaiknya kita berdoa kebaikan terhadap orang yang meggunakan perkataan buruk,
kerana doa itu akan kembali kepada dirinya dan diri kita sendiri.






Monday, June 8, 2009

Info PETUA lelaki dan wanita



Ketiak hitam dan berbau amat memalukan, lebih2 lgi yg mengalaminya adalah kaum wanita. Body odour is very seriously, smpai kita mandi dgn deodorant masih lgi bau acam hangit ketiaq. So sebenarnya, this things penggunaan deadorant atau bedak di ketiaq menukar perubahan warna, hal ani bukan disebabkan oleh bedak atau deodorantnya, ttapi kerana sisa2 bedak dan deodorant yg tertinggal di ketiaq yg diubah oleh bakteria di ketiaq.

Cara mengatasinya, basahkan ketiaq dan ambil secalit '' colgate '' kemudian gosokkan pada ketiaq, then mandilah seperti biasa.
'' Amalkan selalu '', anda akan dpt merasa dan melihat perubahannya semakin cerah dlm seminggu.. Believed it?? Cubalah! tanpa Rexona juga ketiaq anda akan berorama segar. Petua ani x jln klau buat skali dua, so rajin2 le amalkan... ;) penulis sudh lama mngamalkan. Surely...smell & looks good!!

  • x brksan sila tglkan komen anda


Tulung bagi makan ikan kami.. Syukran :) Just press down of your left click

ukhwah muslimah

ukhwah muslimah
"Biasanya kawan yang baik akan membawa kita ke jalan yang lurus, sementara kawan yang tidak baik, jikapun tidak menjerumuskan kepada kebinasaan, akan menjejaskan nama baik kita juga sekalipun kita tidak terlibat dengan kejahatannya. Dalam sebuah hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud : ' Engkau tidak akan hampa dari Penjaja Kesturi kerana walaupun engkau tidak membeli kesturi, engkau pasti akan dapat baunya, manakala si Tukang Besi, ia boleh membakar rumahmu, atau pakaianmu atau setidak-tidaknya kau mendapat bau yang busuk'." - Al Bukhari & Muslim -

FLASH BACK SITE





FEEDJIT Live Traffic Feed



renungan bersama

renungan bersama
"Kalau kamu berbuat baik, kebaikan itu untuk diri kamu dan kalau kamu berbuat jahat, kejahatan itu kembali kepada diri kamu juga" Surah Al-Israa' - ayat 7

Hamster 4evaintouch

Watch him run on his wheel, drink water, and eat the food you feed him by clicking your mouse. Click the center of the wheel to make him get back on it.

SEKALUNG BUDI

terima kasih kerana sudi m view blog kami. jika ada sebarang pesanan atau komen, sila tinggalkan pesanan anda d c8 box d atas a..haha phm bsai. kmi berharap, anda akan sentiasa mlawat laman blog kami, dan semoga blog ini memberi maklumat, curahan kasih, info2 yg brguna utk anda dan kmi sndiri..mohon maaf segala terkasar bahasa, jika ada hanya utk gurauan semata-mata.

TIPS DR.FADZILAH KAMSAH-AMALAN HIDUP ORANG CEMERLANG

TIPS DR.FADZILAH KAMSAH-AMALAN HIDUP ORANG CEMERLANG
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa.InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.