Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isyak serta Sembahyang Hajat Berjemaah
Sempena Perlaksanaan SPN21 dan Perancangan Pengajian Tinggi
Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Insya Allah akan mengadakan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isyak serta Sembahyang Hajat Berjemaah sempena Perlaksanaan SPN21 dan Perancangan Pengajian Tinggi pada :
Tarikh: | : | Hari Isnin, 27 Safar 1430 bersamaan 23 Februari 2009 |
Jam: | : | 6.00 petang |
Tempat: | : | Masjid Universiti Brunei Darussalam |
Tetamu Kehormat: | : | Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidikan |
Untuk makluman, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon doa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar perlaksanaan SPN21 dan perancangan pengajian tinggi mendapat keberkatan, taufik dan hidayah serta memohon pemeliharaan daripada bencana alam yang melanda masa ini.
Sehubungan dengan itu, semua pegawai-pegawai, pensyarah-pensyarah, kakitangan serta penuntut-penuntut Universiti Brunei Darussalam adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.
P/S: untuk keterangan lebih lanjut, sila layari http://www.ubd.edu.bn/events/SPN21/index.html
0 comments:
Post a Comment